page faq hero

TINGGALKAN KERUMITAN MIGRAIN

SOALAN-SOALAN LAZIM

Soalan Lazim Migrain

Apakah migrain?
Migrain bukan sekadar sakit kepala. Ia adalah gangguan yang menjejaskan otak serta saraf yang terdapat di seluruh saraf tunjang dan seluruh badan dan ia menyebabkan kesakitan yang teruk pada bahagian sebelah kepala. Serangan migrain biasanya termasuk gejala-gejala seperti loya, muntah dan kepekaan terhadap cahaya dan/atau bunyi. Secara amnya, terdapat 2 jenis migrain yang biasa: aura dan tanpa aura. Aura menyebabkan seseorang melihat pancaran cahaya, mempunyai bintik-bintik buta atau berasa kesemutan di bahagian tangan dan kaki mereka.1 Kira-kira 20 hingga 25% orang yang mempunyai migrain mengalami aura.2
Apakah peringkat-peringkat migrain?
Orang yang mempunyai migrain boleh melalui 4 peringkat utama: prodrome, aura, serangan dan postdrome. Tetapi tidak semua orang yang mempunyai migrain melalui semua peringkat.3
Adakah lelaki dan wanita sama-sama terjejas?
Tidak. Wanita mengalami migrain kira-kira 3 kali lebih banyak daripada lelaki. Satu daripada 4 wanita akan mengalami serangan migrain pada satu ketika dalam hidup mereka.4
Apa yang perlu diketahui tentang migrain selepas hamil?
Ia adalah dianggarkan bahawa 25% wanita akan mengalami serangan migrain dalam tempoh 2 minggu selepas bersalin dan sehingga 50% wanita akan mengalami serangan migrain dalam tempoh sebulan selepas bersalin.5
Apakah jenis kepakaran doktor yang perlu saya bincang tentang migrain?
Bukan semua doktor adalah pakar dalam menangani migrain. Jadi, doktor rawatan utama atau pengamal perubatan anda boleh merujuk anda kepada pakar neurologi—pakar yang merawat penyakit otak dan saraf tunjang yang boleh membantu melaraskan rejimen rawatan anda.6
Berapa ramai orang di seluruh dunia yang terjejas akibat migrain?
Migrain menjejaskan lebih daripada 1 bilion orang setiap tahun di seluruh dunia, menjadikannya lebih biasa daripada yang anda fikirkan. Ia adalah salah satu gangguan yang paling biasa menjejaskan otak dan sistem saraf.7
Adakah migrain disebabkan oleh keturunan?
Ia adalah dianggarkan bahawa sehingga 60% orang yang mengalami migrain mempunyai ahli keluarga terdekat yang juga mengalami migrain.8
Bolehkah kekerapan dan keterukan migrain berubah sepanjang hidup saya?
Apabila usia orang yang hidup dengan migrain semakin meningkat, serangan migrain mungkin menjadi kurang kerap dan teruk. Mereka juga mungkin kurang mengalami sensitiviti terhadap bunyi, cahaya dan bau.9
Adakah saya perlu mendapatkan diagnosis rasmi daripada pakar neurologi untuk mendapatkan rawatan migrain?
Menurut Yayasan Migrain Amerika, gejala-gejala migrain boleh menyerupai gejala-gejala strok, sawan atau keadaan-keadaan lain. Doktor anda akan mengecualikan keadaan-keadaan perubatan lain untuk mengesahkan diagnosis migrain.5
Rujukan: 1. Migraine. National Health Service (NHS). Dikemaskini Mei 10, 2019. Akses Januari, 2023. https://www.nhs.uk/conditions/migraine/. 2. Brain and Life. Should I be concerned about ocular migraines? Diterbitkan pada Julai 2014. Akses Januari 31, 2023. https://www.brainandlife.org/articles/should-i-be-concerned-about-ocular-migraines. 3. Migraine symptoms and causes. Mayo Clinic. Akses Januari 2023. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/migraine-headache/symptoms-causes/syc-20360201. 4. Al-Hassany L, Haas J, Piccininni M, Kurth T, Maassen Van Den Brink A, Rohmann JL. Giving researchers a headache: Sex and gender differences in migraine. Front Neurol. 2020;11:549038. 5. New moms with migraine: Understanding postpartum headache. American Migraine Foundation. Diterbitkan pada Januari 25, 2018. Akses Januari 30, 2023. https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/postpartum-headache/. 6. Upham B. How is migraine diagnosed. Disemak pada Mac 14, 2022. Akses Januari 30, 2022. https://www.everydayhealth.com/migraine/diagnosis/. 7. Amiri P, Kazeminasab S, Nejadghaderi SA, et al. Migraine: A review on its history, global epidemiology, risk factors, and comorbidities. Front Neurol. 2022;12:800605. 8. Migraine headaches. Cleveland Clinic. Disemak pada Mac 3, 2021. Akses Januari 30, 2023. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5005-migraine-headaches. 9. How migraine evolves with age. American Headache Society. Akses Januari 30, 2023. https://americanheadachesociety.org/news/migraine-evolves-age/.