TINGGALKAN KERUMITAN MIGRAIN

page migraine risk assessment quiz hero

KUIZ PENILAIAN RISIKO MIGRAIN

Soal selidik Penilaian Migrain (MIDAS) adalah ujian yang ringkas dan telah disahkan untuk mengukur ketidakupayaan yang disebabkan oleh sakit kepala. Ia mengukur kesan sakit kepala terhadap bagaimana anda berfungsi di tempat kerja, sekolah dan dalam aktiviti sosial dengan menilai hari yang hilang (akibat sakit kepala) dalam tempoh tiga bulan yang lalu.1

Soal selidik ini mengandungi tujuh soalan/bahagian. Gred adalah ditentukan mengikut jumlah markah dengan kategori Gred I hingga IV, daripada ketidakupayaan minimum atau jarang hilang upaya dengan skor 0-5 (Gred I) kepada ketidakupayaan yang serius dengan skor 21 atau lebih (Gred IV).1

Lengkapkan kuiz di bawah.

Risk assessment quiz
Customer survey pana

Dengan menggunakan soal selidik MIDAS, anda boleh memberikan gambaran yang jelas kepada profesional kesihatan anda tentang bagaimana migrain anda menjejaskan kehidupan anda dan ia boleh membantu membuat keputusan tentang rawatan. Sila ambil perhatian bahawa panduan ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis dan tidak seharusnya menggantikan perbincangan dengan profesional kesihatan anda. Sebarang maklumat yang anda masukkan tentang diri anda hanya akan dilihat secara agregat bersama dengan respons terkumpul yang lain.

Nilai keadaan saya

Penafian: Pfizer hanya akan mengumpul data berkenaan dengan penggunaan ujian ini secara agregat (iaitu berapa kali alat akan digunakan; markah agregat untuk penggunaan sedemikian dll. Data sedemikian akan dirahasiakan sepenuhnya dan tidak akan dikenal pasti secara peribadi dalam apa jua perkara.). Pfizer berhak untuk mengekalkan dan menggunakan data tersebut untuk sebarang analisis lanjut dan/sebarang penerbitan dan/atau kempen pada masa hadapan yang mungkin difikirkan sesuai oleh Pfizer (selaras dengan undang-undang dan kod/garis panduan industri yang berkenaan)
Rujukan: 1. ligaya, M. et al. (2003). Reliability and validity of the Japanese Migraine Disability Assessment (MIDAS) Questionnaire. Headache. 43(4), 343-52.